Saturday, November 5, 2016

its not easy go through this life..i just hate myself ..just too weak..sometime its just too tired too struggle..with the broken family with the broken heart

Wednesday, November 18, 2015

air tangan emak

makanan nya banyak ,sedap ,lazat dan mempersona 
tapi bila hati yang x sedap makanan yg lazat sedap mempersonan tu akhirnya masuk ke dalam tong sampah ..
tula orang kata bila dah tak ada baru nak hargai..
dulu mak masak banyak komplen nya..sekarang rindunya tuhan je yang tahu air tangan dia ..
rumah aku walau kami cuba berkumpul dan ada pelbagai juadah dan cuba menyeronokkan keadaan
tapi bagai ada sesuatu yang hilang 
apabila makanan melalui tekak ia sekadar lalu
tiada rasanya
walaupun dah 2 bulan kau telah pergi masing-masing cuba menguat kan diri 
dengan ujian lain yang datang ,ada sekelompok manusia yang suruh kami keluar daripada rumah tu
aku tahu kami tak layak berada di situ..kata mereka ..tapi tak tahu di hati opah bagaimana..sampai hati mereka..teruknya emak abah kami di mata mereka..hilang pengorbanan mak abah adik beradik kami terhadap mereka..kesian opah tersepit diantara kami dan anak anaknya..mungkin aku akan kehilangan lagi..moga tuhan kuatkan aku untuk hadapi kehilangan ..aku sedar segalanya pinjaman ..semua yang aku sayang bakal meninggalkan aku atau aku bakal meninggalkan mereka ..mungkin tuhan makbulkan doa aku untuk eratkan kami adik beradik dengan cara begini..cuma ada satu sama lain ..abah kuat ye untuk hidup sendiri tanpa..terima yang kita semua akan pergi ..moga kata ini juga kuatkan aku..tuhan moga kau cekal kan hati kami..jangan kami bergaduh sesama sendiri..kerana aku hanya ada mereka disisi..jika aku hilang mereka juga kuat kan aku ye tuhan ..aku tahu tiada yang kekal abadi melainkan kamu..maafkan aku tuhan kerana terlalu memikir nasib yang aku tahu ada insan lain yang nasib nya lebih teruk..moga kami masing-masing kuat menghadapi kehilangan ...tuhan aku rindu padanya

p/s:benda suma kau cekik x lalu mkn lagi..ok lalu mkn tp xda la selera gajah sangat..but the true i miss her ..i just worried that memory will faded..

Tuesday, November 17, 2015

sekarang vs dulu

beza sekarang dengan dulu.. tak banyak beza pon aku dulu dengan sekarang..tapi bila aku baca balik pos lama2 macam lawak pon ada ..sekarang pon sama je cuma dulu punya macam ya allah apa la yang aku pikir.. nak jadi macam heliza la ..aku handsome la..oh nak laki macam ni macam tu la..engkau ni sebenarnya terlebih tgok drama masa kat skola kat u ni.,yela orang cuti keluar jimba2 dengan kawan g ngedate yang engkau tebongkang atas katil ngadap laptop tgok korea la tgok movie la..masalah2 kau ni..haha ..suma salah industri filem kita la ni..cey salahkan orang lain..my advice sebelum salahkan orang salahkan diri sendiri..kalo diri sndiri x mau xkan benda berlaku btol x..pakcik aku dah nak kawin kali kedua..pisang goreng panas betol..aku ni ha kertu..x kena main kena tinggal..kena mandi bunga tahi ayam ni..haha..yang pos lelaki idaman tu..lawak  sangat..hak tuih la kau dulu..bajet2 je ..nak ini la nak itu la..kau ingt kau princess dalam tv ke????bagi aku sebenanrnya kita ni hanya merancang but the big director is allah..just follow he journey..pastu ada pos nak jdi edward cullen tu..kih2.. tapi kalo ikut aku memg nak jadi laki pon..best oh..jalan mana2 pon boleh..boleh ngorat2 awek ..boleh naik motor besar.. boleh macam2 lagi la..tqpi tu dpd segi aku yang merepek ni pk..kalo dpd segi kecantikan islam..istimewanya seorang wanita membawa ke syurga..moga emak di tempatkan di kalangan orang beriman ..

reality is bitter than dream..but face it with open and brave heart..amin..
ps;mood x tentu hala

hati kita allah yang pegang..mungkin satu hari allah turunkan hidayah pada hambanya..dan mungkin satu hari allah gelapkan hatinya..tapi jadi penentu diri kita melalui amal dan soleh..jadi setiap perkara kita lakukan sekarang akan bgi kesan pada hati pada masa akan datang..kata yang kau lemparkan kan pada orang lain mungkin akan jadi pada kau akan dtang..dan mungkin ada kata yang kau doa kan untuk diri kau atau orang lain pada masa kini akan dimakbulkan pada masa akan datang..so becareful with what your big mouth is talk..haha note to my big mouth that always hurt others ..ingat setiap perkara allah dah susun cantik3 untuk kamu 

Sunday, November 15, 2015

yakin

salahnya aku bila aku tidak yakin pada sang pencipta ..kalo benar aku yakin..aku akan tenang..aku akan redha..ini aku seperti tercari-cari sesuatu..ya allah mudahkan lah aku untuk menjejak kaki ke tanah suci..kuat kan aku untuk bangun bertahajud kepadamu..

Sunday, November 8, 2015

reality is bitter than fantasy

olla 
aku buat keputusan nak sambung belajar baru-baru ni ..tak tahu la keputusan tu betol ke tak
tapi bagi aku menuntut ilmu ni sampai mati pon tak habis
tapi yang aku risau kan adalah diri aku ..risau teputus asa di tengah jalan 
sebb jangka masa nya panjang sikit..aku sambung belajar part time
mungkin lambat daripada kawan-kawan lain tapi harap sangat boleh berjaya
aku harap bila aku sambung belajar and grad aku nak buat bukak syarikat akaun aku sendiri dalam masa yang sama aku nak aplikasi kan benda- benda yang aku belajar ni dapat bisnes jahit aku..aku tak boleh pandang belakang dah ..i just need to focus..orang senang mengutuk tapi bagi aku banyak jugak yang support..moga aku kuat..hati aku sebenarnya lemah sangat lagi..3 hari aku tak menjahit hari tu..berat sangat beban kat otak kat hati..aku pon x tau macam mana nak sembuhkan.. moga cepat lah masa berlalu..agar rasa sakitnya cepat sembuh..i have my own planning tapi aku taktahu sama ada its good enough for my life..pasal jodoh pulak aku malas nak fikir dah..no one is sincere  der..datang sekadar nak singgah2 main2 nama aku tak da masa dah..its too hurt for me to face another loses.. i just to reAdy to lose family members and friends..its just enough..

its not the time for me to become princess in fairytale,
its time for me to become a woman to face the reality .

Sunday, November 1, 2015

cara kita dan caranya berbeza

tuhan makbulkan doa engkau doa sidia si polan dengan pelbagai cara..mungkin kau berdoa benda yang sama dengan kehendak orang lain ..tuhan lihat siapa yang berusaha siapa yang dia rasa baik untuk perjalanan hidupnya..mungkin itu yang dia makbulkan..kadang kau tersalah menyalahkan takdir tetapi sedarkah engkau sang pencipta takdir itu adalah sang pencipta engkau ..tak layak nya engkau menuding jari kepada yang telah beri engkau udara disekeliling kau yang menggerakkan sekecil2 perkara yang engkau tidak syukuri..pernahkah dia salahkan engkau ..bila salahnya engkau sedihnya hati kau kau kembali pada dia dan dia makbulkan pernahkah engkau terfikir nikmat2 yang diberinya..pandang lah diri kau dahulu..improve your self first..jangan hanya pandai menuding jari ..bagi aku yang paling penting di setiap langkah mu tiap gerakmu lakukan kerananya ..jika terlupa seketika kembali kepadanya..jika kamu sudah meminta petunjuknya ikut lah kata rasulnya dan ikut lah kedua ibu bapa mu..mungkin hikmah nya tak nampak dek mata ketika waktu sedang bejalan..mungkin sekrang atau akan datang kau akan nampak baiknya tuhan mu..itu pun jika sedarnya kamu segalanya datang dan asal nya dan pergi nya daripada sang pencipta

Thursday, October 29, 2015

cermin diri

kAdang2 kita terlalu menuding jari terhadap orang lain .sampai terlupa kesalahan diri ..aku mintak maaf kerana terlalu menyalahkan dunia dan orang sekeliling kerana kesalahan hati sendiri yang susah memaafkan yang suka berhasad didalam hati ..kadangkala di dunia ni tiada siapa yang salah tiada siapa yang betul,.masing- masing cuba mempertahankan kepentingan masing-masing..aku mempunyai kepentingan aku kau mempunyai kepentingan engkau..siapa yang akan mengatakan pemikiran mereka salah.. termasuk lah diri aku..maksudnya didalam diri engkau  mempunyai ego.. tetapi kadangkala keadaan juga yang memaksa keadaan untuk berlakunya begitu..engkau punya nafsu dan syaitan disekelilingnya aku juga  mempunyai nafsu dan syaitan disekeliling aku..bumi berputar ..aku kadangkala tersalah menyalahkan orang.. tetapi aku juga lupa ..aku juga manusia yang bisa menjadi serupa seperti dia dalam sekelip mata .. dan ketika itu manusia yang kau pandang hina itu adalah manusia yang paling mulia disisi pencipta..setiap perkara tidak mustahil jika allah kata jadi jadi lah ia..wahai insan yang aku pernah sakiti maafkan aku kerana pernah menyakiti kalian dengan menggunakan anggota yang tidak bertulang ini..tetapi mampu memecah belah kan keluarga..maafkan aku juga jika pernah terdetik perasaan jahat aku terhadap kamu..aku bukan malaikat...moga tuhan tutup kan hatiku untuk lebih mencintai dunia berbanding akhirat..tuhan aku tahu kau sengaja memberi ujian supaya senangnya aku untuk mencapai doa ku.. siapa yang layak ke sana tanpa ujian dan pancaroba..tuhan moga aku sedar kau sentiasa disisi aku ..mintk maaf ya allah jika kata- kata ku umpama tuan yang mengarah sang penciptanya..aku cuma menulis untuk menghilang rasa..dalam sekelip mata marahku rasaku mampu lenyap dari hati dan mindaku..moga terampun dosa aku kepada sang.           pemilik hati yang aku lukai 

Pages