tapi bila hati yang x sedap makanan yg lazat sedap mempersonan tu akhirnya masuk ke dalam tong sampah ..
tula orang kata bila dah tak ada baru nak hargai..
dulu mak masak banyak komplen nya..sekarang rindunya tuhan je yang tahu air tangan dia ..
rumah aku walau kami cuba berkumpul dan ada pelbagai juadah dan cuba menyeronokkan keadaan
tapi bagai ada sesuatu yang hilang
apabila makanan melalui tekak ia sekadar lalu
tiada rasanya
walaupun dah 2 bulan kau telah pergi masing-masing cuba menguat kan diri
dengan ujian lain yang datang ,ada sekelompok manusia yang suruh kami keluar daripada rumah tu
aku tahu kami tak layak berada di situ..kata mereka ..tapi tak tahu di hati opah bagaimana..sampai hati mereka..teruknya emak abah kami di mata mereka..hilang pengorbanan mak abah adik beradik kami terhadap mereka..kesian opah tersepit diantara kami dan anak anaknya..mungkin aku akan kehilangan lagi..moga tuhan kuatkan aku untuk hadapi kehilangan ..aku sedar segalanya pinjaman ..semua yang aku sayang bakal meninggalkan aku atau aku bakal meninggalkan mereka ..mungkin tuhan makbulkan doa aku untuk eratkan kami adik beradik dengan cara begini..cuma ada satu sama lain ..abah kuat ye untuk hidup sendiri tanpa..terima yang kita semua akan pergi ..moga kata ini juga kuatkan aku..tuhan moga kau cekal kan hati kami..jangan kami bergaduh sesama sendiri..kerana aku hanya ada mereka disisi..jika aku hilang mereka juga kuat kan aku ye tuhan ..aku tahu tiada yang kekal abadi melainkan kamu..maafkan aku tuhan kerana terlalu memikir nasib yang aku tahu ada insan lain yang nasib nya lebih teruk..moga kami masing-masing kuat menghadapi kehilangan ...tuhan aku rindu padanya
p/s:benda suma kau cekik x lalu mkn lagi..ok lalu mkn tp xda la selera gajah sangat..but the true i miss her ..i just worried that memory will faded..

No comments:
Post a Comment